Wednesday, January 5, 2011

Kempiskan perut

Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.

1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.


Selamat Mencuba!

Thursday, December 2, 2010

Tips Bentuk Badan Menawan

Menjelang hari perkahwinan, pasti semua bakal pengantin ingin memiliki bentuk badan ideal. Oleh itu, diet seimbang perlulah diamalkan sedari awal agar sasaran yang diletakkan tercapai. Hasilnya bukan sahaja bentuk badan akan kelihatan menarik bahkan kesihatan turut meningkat.

1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.
2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.
3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.
4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.
5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.
6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.
7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.
8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.
9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.
10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.

Wednesday, December 1, 2010

Pelbagai Kegunaan Limau Nipis

Limau Nipis mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dibuat Jus. Antara kegunaan lain limau nipis ini ialah;
  1. Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.
  2. Jus limau nipis boleh melembutkan telur.
  3. Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.
  4. Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.
  5. Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam. (rasa fresh)
  6. Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
  7. Mengandung Asid Sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.
  8. Ia juga mengandungi vitamin A.